Khamis, 31 Mei 2012

BUMI, BULAN DAN MATAHARI


PUTARAN BUMI DAN BULAN

Putaran Bumi dan Bulan.
1. Bumi adalah planet kita.
2. Bumi berputar pada paksinya.
3. Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur.
4. Bumi berputar pada paksinya mengikut arah lawan jam.
5. Bumi mengambil masa 24 jam atau satu hari untuk membuat satu putaran lengkap.



6. Bumi beredar mengelilingi Matahari.
    (a) Bumi bukan sahaja berputar pada paksinya, tetapi Bumi juga beredar mengelilingi Matahari
         pada masa yang sama.
    (b) Bumi mengambil masa 365 1/4 hari atau satu tahun untuk membuat satu peredaran yang lengkap
         mengelilingi Matahari.







7. Bulan beredar mengelilingi Bumi.
    (a) Bulan berputar pada paksinya.
    (b) Bulan mengambil masa 28 hari untuk membuat satu putaran lengkap.
    (c) Semasa bulan berputar, Bulan juga beredar mengelilingi Bumi.
    (d) Bulan mengambil masa 28 hari untuk beredar mengelilingi Bumi.

8. Bumi dan Bulan beredar mengelilingi Mahatari.
    (a) Bumi dan Bulan beredar mengelilingi Matahari pada masa yang sama.
    (b) Matahari merupakan pusat sistem solar kita.


9. Kesan putaran Bumi adalah seperti berikut :
    (a) Matahari kelihatan terbit di timur dan terbenam di barat.
    (b) Kedudukan dan panjang bayang-bayang berubah-ubah sepanjang hari.
    (c) Kejadian siang dan malam.


PERUBAHAN PANJANG DAN ARAH BAYANG-BAYANG

1. Putaran Bumi menyebabkan panjang dan arah bayang-bayang berubah dari waktu pagi ke waktu petang.
2. Bayang-bayang berubah dari barat ke timur.
3. Pada waktu pagi, bayang-bayang menghala ke barat.
4. Matahari adalah rendah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
5. Hal ini menyebabkan bayang-bayang lebih panjang pada waktu awal pagi dan lewat petang.
6. Bayang-bayang adalah pendek pada waktu tengah hari kerana Matahari berada tegak di atas kepala.


7. Panjang dan arah bayang-bayang boleh digunakan untuk menganggarkan waktu tanpa melihat jam.
8. Jam matahari di atas menunjukkan bahawa Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur.


KEJADIAN SIANG DAN MALAM.

1. Putaran Bumi menyebabkan kejadian siang dan malam.
2. Pada satu-satu masa, hanya sebahagian Bumi yang menghadap Matahari dan menerima cahaya matahari.
3. Bahagian Bumi yang menghadap matahari akan mengalami waktu siang.
4. Bahagian Bumi yang tidak menghadap matahari akan mengalami waktu malam.



5. Kejadian siang dan malam berlaku secara silih bergantinkerana Bumi berputar pada paksinya.



6. Di garisan khatulistiwa, tempoh siang dan malam adalah sama, iaitu 12 jam.
7. Tempoh siang dan malam bagi kawasan kutub utara dan kutub selatan adalah sama panjang.
8. Hal ini disebabkan Bumi berkeadaan condong pada paksinya.
9. Di bahagian kutub, tempoh siang adalah lebih pendek pada musim sejuk.
10. Pada musim panas pula, tempoh siang adalah lebih panjang.


FASA-FASA BULAN.

BULAN MEMANTULKAN CAHAYA MATAHARI.
1. Bulan tidak mengeluarkan cahaya.
2. Bulan kelihatan terang pada waktu malam kerana Bulan memantulkan cahaya matahari.



FASA-FASA BULAN
1. Bulan beredar mengelilingi Bumi.
2. Peredaran Bulan mengelilingi Bumi menyebabkan berlakunya fasa-fasa Bulan.
3. Fasa-fasa Bulan ialah perubahan bentuk Bulan seperti yang dapat dilihat daripada Bumi.
4. Bulan kelihatan seperti berubah bentuknya.
5. Tetapi sebenarnya Bulan tidak berubah bentuk.
6. Hal ini disebabkan perbezaan kedudukan Bulan yang kita lihat dari Bumi.
7. Empat fasa-fasa Bulan ialah :
    (a) Anak Bulan.
    (b) Bulan Sabit.
    (c) Bulan Separa.
    (d) Bulan Purnama.


8. Anak Bulan sukar dilihat kerana anak bulan terlalu kecil.
9. Jadual yang berikut menunjukkan kejadian fasa-fasa bulan berdasarkan takwim Qamari.